1933

1933 Bermulanya Angkatan Tentera Melayu Moden

Pada hari ini 1 Mac 1933 tahun lalu, 25 orang anak Melayu berbaris untuk memulakan latihan tentera sebagai percubaan. Mereka dipilih dari seramai 1000 yg memohon. Cadangan untuk menubuhkan tentera dari anak tempatan telahpun disuarakan seawal tahun 1913 oleh pembesar Melayu. Tetapi cadangan tidak dilayan oleh pihak Inggeris kerana takut anak Melayu akan memberontak seperti…

https://alhadi.my/2021/03/03/1933-bermulanya-angkatan-tentera-melayu-moden/

KemasKini 🔊🔊 t.me/ceritabenar

Reda.

*بسْـــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم*

☘️ *One day One Hadit’s*

*Keredaan Ibubapa dan Keredaan Allah*

*Hadits*


عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ

Daripada Abdullah bin ‘Amrin bin Ash Radhiallahu Anhu ia berkata,

Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam telah bersabda:

“Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”.

*HR At-Tirmidzi No: 1821* *Status: Hadis ini dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim*

Pengajaran:

1. Reda Allah terletak kepada reda kedua ibubapa, kerana Allah memerintahkan untuk mentaati orangtua.

2. Imam Al Ghazali: Termasuk adab anak kepada kedua ibubapanya ialah mendengarkan perkataannya, mentaati perintahknya, tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara di sisinya, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya.

*lihat, Faidh Al Qadir, 4/33*

3. Berbakti kepada kedua orang tua sering sekali disebutkan dalam Al-Quran, bahkan digandingkan dengan tuntunan menyembah Allah Subhana Wa Taala. Hal ini menunjukan bahawa berbakti kepada kedua ibubapa adalah wajib.

Firman Allah Subhana Wa Taala:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa

*Al-Isra: 23*

4. Termasuk durhaka kepada kedua orang tua, adalah menyakitinya dengan cara membantah dan berkata kasar pada mereka, memalingkan muka serta tidak berbakti kepada keduanya.

5. Al Hafidz Al Iraqi menyebutkan, disyaratkan bahawa keredaan dan kemurkaan itu dalam hal yang diperbolehkan oleh syariat.

Semoga bermanfaat.

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu a’nhu bahawa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

*بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً*

Sampaikanlah dariku
meski pun satu ayat.

*HR. Bukhari no: 346*

Kajian Al-Qur’an Hadits, Dakwah Yang Unik Dan Menarik, Serta Memudahkan Masyarakat Dalam Belajar Islam Yang Benar.

*بَارَكَ اللهُ فِيْكُم*